Tuesday, July 3, 2012

Biskut Hari Raya

Gambar di atas adalah sebahagian daripada biskut-biskut yang telah aku siapkan untuk diedarkan sebagai sampel @ contoh. Oleh kerana tempahan yang agak banyak, aku terpaksa melayan berdasarkan 'first-in, first-serve'

Berikut adalah senarai biskut raya yang boleh kawan-kawan beli atau tempah atau edar. Harganya sama sahaja iaitu RM28.00 bagi setiap 50 keping:





















Jika ada yang berminat, boleh buat pembelian atau tempahan sekarang. Duit bayar semasa terima barang. Bagi yang tinggal di sekitar Setiawangsa, boleh datang ke rumah untuk lihat 'sampel'. Tapi sebelum datang ke rumah aku, sila bagi tahu dahulu sebab bimbang kalau-kalau aku tiada di rumah sewaktu kalian datang bertandang.

Friday, June 15, 2012

Tambah Pendapatan Anda Pada Hari Raya Nanti

Mmmmm..... walaupun Bulan Ramadhan belum menjelma, bahang Hari Raya makin terasa. aku macam biasa akan menjalankan 'projek' kecil-kecilan menjual pelbagai juadah bagi menyerikan lagi Hari Raya nanti.

Antara juadah yang tersenarai pada kali ini adalah:

a. Kuih Bahulu Asli
- 100 biji = RM 25.00
- 10 biji = RM 2.50

b. Biskut Almond London
- 100 biji = RM 50.00
- 50 biji = RM 28.00

c. Dodol Kampung

d. Maruku Original

Jika ada di kalangan kalian yang ingin membelinya, boleh hubungi aku. Harga boleh runding!